PBD 课堂评估

?Summative Assessment/ Pentaksiran Sumatif/ 总结性评估?

?Assessment OF Learning/ Pentaksiran TENTANG Pembelajaran/ 针对学习的评估?

Pentaksiran TENTANG pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif. Pentaksiran TENTANG pembelajaran juga boleh berlaku dalam bentuk pembentangan hasil projek. Maklumat dan data yang diperoleh dari ujian sumatif atau pentaksiran TENTANG pembelajaran ini seharusnya ditangani secara positif dalam proses pembelajaran murid. Semua data pentaksiran bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Tujuan data atau skor ujian sumatif ini perlu digunakan untuk membantu guru, ibu bapa dan pihak sekolah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Di samping itu, guru juga menggunakan data untuk merancang dan melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna dalam menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran, memajukan pembelajaran mereka pada masa hadapan, seterusnya meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Ianya bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Maklumat dan data dari pentaksiran sumatif ini juga boleh menjadi petunjuk asas kepada pencapaian murid terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk atau pelajaran seterusnya.

“针对学习的评估”,就是一般的“考试”概念,是针对一段学习历程之后进行的考核评审。校方,家长都应该积极看待从这项评估中获得的学习信息,不宜用于学生之间的比较,但是更应用于帮助教师,家长和校方用于提高学生的掌握水平。此外,老师还能善用这些数据来计划和进行更具建设性的教学策略,促进学生未来的学习。除此之外,来自总结性评估的信息与数据也可以作为学生在完成下一个课业的基本指标。例如:校内年中/年终考试,UPSR(小学阶段的考核),SPM(中学阶段的考核),其目的也在于筛选人才。


?Formative Assessment/ Pentaksiran Formatif/ 形成性評估(2)?

?Assessment FOR Learning/ Pentaksiran UNTUK Pembelajaran/ 促进学习的评估?

Pentaksiran UNTUK pembelajaran juga dirujuk sebagai pentaksiran formatif. Pentaksiran UNTUK pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran ke arah meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka.Berdasarkan tujuan ini, pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik.Satu contoh pentaksiran untuk pembelajaran ialah aktiviti soal-jawab yang dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab itu adalah untuk mengenal pasti pengetahuan, kemahiran dan nilai murid. Maklumat yang diperoleh dari aktiviti soal-jawab itu membantu guru meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya.

促进学习的评估是教学的一部分,老师从评估中获得的信息可以用于改良教学方法。教师掌握学生的学习情况后,调整下一步教学策略,以提高学生的学习水平和掌握能力,施教时可以更到位。促进学习的评估的一个例子是老师在课堂中进行问答活动,活动的目的是为了识别学生知识,技能和价值观掌握情况。从问答活动中获得的信息,可以帮助老师拟出下一堂课的的教学方向。适当的课程内容将提升学生学习的自信与成就感。


?Formative Assessment/ Pentaksiran Formatif/ 形成性評估(1)?

?Assessment AS Learning/ Pentaksiran SEBAGAI Pembelajaran/ 作为学习的评估?

Pentaksiran SEBAGAI pembelajaran berlaku apabila murid membuat refleksi dan menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka memahami tujuan mereka belajar dan menyedari apa yang mereka patut lakukan bagi menguasai sesuatu objektif pembelajaran. Pentaksiran SEBAGAI pembelajaran terdiri daripada PENTAKSIRAN KENDIRI dan PENTAKSIRAN RAKAN SEBAYA. Maklumat dari pentaksiran ini memberi petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran.Pentaksiran SEBAGAI pembelajaran menggalakkan pemikiran metakognisi iaitu memberi peluang kepada murid belajar dan memikirkan cara mereka belajar.

“作为学习的评估”即是学生的自我评估,或者是同侪之间的评估,学生可透过这项评估,更了解自己弱点及尚未掌握的学习技能或知识,知道了自己的学习情况,就知道如何继续向前,从而作出改善。学生在进行评估的同时,也在经历着学习的过程。

SUMBER : Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2, 2019